Dropbox Kini Memudahkan Anda Menyimpan Rakaman Skrin Pada Desktop Secara Automatik

Dropbox Kini Memudahkan Anda Menyimpan Rakaman Skrin Pada Desktop Secara Automatik

Diterbitkan pada Okt 1, 2013 oleh .

Dropbox telah sedia menawarkan kebolehan untuk memuat-naik gambar secara automatik daripada telefon pintar ke pelayan Dropbox. Kini, mereka turut memberikan perhatian kepada aplikasi desktop mereka, membolehkan setiap paparan skrin yang dirakamkan dimuat-naik ke Dropbox.

Dropbox Screenshot

Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk membuat salinan pendua untuk rakaman skrin mereka, sekaligus memudahkan ia diakses daripada peranti lain dengan mudah.

Selain daripada itu, khusus untuk penguna Mac, Dropbox juga turut menyertakan sokongan untuk mengimport gambar dari iPhoto terus ke Dropbox dengan mudah.

Bagi mereka yang menggunakan Dropbox, boleh mengemaskini perisian anda, dan menggunakan fungsi baru ini hari ini.


TIPS & ULASAN