YouTube Mengumumkan Anugerah Muzik Tersendiri – YouTube Music Awards

YouTube Mengumumkan Anugerah Muzik Tersendiri – YouTube Music Awards

Diterbitkan pada Okt 1, 2013 oleh .

YouTubeYouTube sedia menjadi salah satu platform utama dimana ramai berkongsi bakat terpendam mereka, disamping telah pun sedia melahirkan beberapa artis dalam bidang muzik. Kini, untuk meraikannya pihak YouTube mengumumkan acara khas mereka tersendiri – YouTube Music Awards.

Acara ini bakal diadakan pada awal November kelak, dan seperti semua sedia maklum, ia akan disiarkan secara langsung melalui YouTube. Acara tersebut juga turut akan menyertakan beberapa artis popular seperti Eminem, Lady Gaga dan sebagainya, termasuk artis YouTube sendiri.

Pencalonan untuk YouTube Music Awards ini bakal dimulakan pada 17 Oktober ini, sebelum keputusan juri diambil selepas itu.

Jadi, mungkinkah kita akan turut sama melihat beberapa artis tempatan tersenarai pada YouTube Music Awards ini?


TIPS & ULASAN