Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan kemaskini Amber untuk beberapa peranti Windows Phone 8 daripada Nokia sebelum ini, hari ini, peranti Nokia Lumia 720 pula yang menerima kemaskininya, sekaligus membawakan beberapa fungsi baru untuk pengguna telefon pintar tersebut.

Dengan kemaskini yang diperkenalkan untuk Nokia Lumia 720 ini, ia sekaligus membuatkan semua peranti Windows Phone 8 daripada Nokia telah pun boleh dinaik-taraf ke kemaskini Amber ini.

Melalui kemaskini Amber ini, ia menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya, termasuk sokongan Nokia Glance, sokongan kamera lebih baik, radio-FM, Data Sense dan beberapa perkara lain.

Mereka yang menggunakan Lumia 720,, boleh mengakses halaman Settings > Phone Update > Check For Updates; untuk memulakan proses kemaskini ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd