Kereta Pemanduan Automatik Daripada Nissan Diperlihatkan

Kereta Pemanduan Automatik Daripada Nissan Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 1, 2013 oleh .

Pada tahun ini, ramai pengeluar kereta memfokuskan kepada kereta dengan sokongan pemanduan automatik, serta memperlihatkan beberapa konsep awal daripada mereka. Nissan turut tidak ketinggalan, dan kini melalui Engadget, ia diperlihatkan beberapa sokongan baru yang dibawakan melalui kereta pemanduan automatik mereka – Leaf.

Daripada apa yang diperlihatkan, kereta pemanduan automatik daripada Nissan ini mempunyai beberapa pengesan dan laser terbina, membolehkan ia mengesan jarak dan laluan serta membuatkan ia mengawal kelajuan kenderaan melaluinya.

Nissan juga turut berkongsi memperlihatkan yang mana kenderaan automatik mereka boleh ditetapkan mengikut peraturan sesuatu negara, memudahkan lagi pengawalan trafik lalu lintas melaluinya.

Sebelum ini, pihak Nissan pernah berkongsi mengatakan yang mana mereka akan memasarkan ia dengan harga kompetitif bermula tahun 2020 kelak kepada pengguna umum. Selain Nissan, beberapa pengeluar lain turut dijangka akan hadir dengan kereta pemanduan automatik pada tahun yang sama.


TIPS & ULASAN