Klien Mega Untuk Windows – MegaSync Sedia Untuk Diuji

Klien Mega Untuk Windows – MegaSync Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada Okt 1, 2013 oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan perkhidmatan storan awan sedia mempunyai klien desktop mereka tersendiri, dan kini ia kelihatan klien Windows untuk perkhidmatan storan awan daripada Mega turut hadir.

Mega telah diperkenalkan pada awal tahun ini oleh Kim Dotcom, dimana ia menawarkan ruangan storan sehingga 50GB secara percuma untuk para pengguna.

MegaSync

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diumumkan secara rasmi oleh pihak Mega buat masa ini, dan boleh dikatakan masih lagi pada peringkat beta.

Daripada ujian awal, fail yang disimpan pada folder Mega di Windows dilihat dimuat-naik tanpa sebarang masalah, tetapi ia mempunyai sedikit masalah untuk sync dengan fail sedia ada pada web Mega.

Apa pun, memandangkan ia masih tidak diumumkan secara rasmi, maka mungkin pihak Mega sedia maklum akan mengenai perkara ini.

Bagi mereka yang aktif menggunakan perkhidmatan Mega, anda boleh mencubanya dengan memuat-turun MegaSync versi beta ini hari ini, dan memudahkan tugasan anda dalam sync fail-fail di desktop dan pada Mega.


TIPS & ULASAN