Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan permainan Mighty No. 9 yang pernah kami kongsikan sebelum ini, dimana permainan yang bakal dibangunkan oleh Keiji Inafune itu telah pun memulakan proses pengumpulan dana melalui KickStarter. Kini, ia tinggal berbaki kurang 8 jam, dan seperti semua sedia maklum, telah pun mengumpulkan berkali ganda wang berbanding apa yang disasarkan.

Menariknya, sementara menantikan permainan tersebut hadir pada pelbagai platform, pihak pembangunnya telah menyediakan beberapa siri video dokumentari disebalik Mighty No. 9 ini.

Melalui episod pertama yang diterbitkan mereka melalui YouTube, ia mengambil fokus terhadap perancangan awal permainan tersebut sehinggalah penyertaan mereka ke KickStarter.

Permainan yang mengambil genre side-scrolling ini bakal dilancarkan pada bulan April 2014 kelak, dan semestinya pembangunannya akan menjadi salah satu tarikan bagi ramai pengemar permainan, terutamanya peminat permainan Megaman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd