Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang hangat dibincangkan di laman sosial sejak daripada malam semalam adalah berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012. Beberapa perkara menjadi perbincangan ramai, termasuk salah satunya adalah berkaitan dengan aktiviti kempen di laman sosial.

Mengikut apa yang dikeluarkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012, ia memperlihatkan kerajaan menghabiskan sehingga RM320,000 untuk promosi laman Facebook dan juga Twitter.

Daripada apa yang diperlihatkan, perkara ini melibatkan dua kempen, iaitu untuk kempen “Tak Nak Merokok” dan juga “Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit”.

Untuk kempen “Tak Nak Merokok”, ia melibatkan kos sebanyak RM199,068 untuk tempoh dari Julai 2011 hingga Disember 2011. Sementara itu, syarikat lain pula dipertanggungjawabkan dengan kempen “Intervensi Penyakit Tidak Berjangkit” yang melibatkan jumlah sebanyak RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012

Melalui maklumbalas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ia dikatakan perbezaan kos tersebut adalah disebabkan oleh perbezaan aktiviti antara kedua-dua halaman Facebook berkenaan.

Selain daripada perkara mengenai kempen di laman sosial ini, antara perkara lain yang dipersoalkan oleh ramai pengguna adalah berkenaan dengan kos pembelian pengimbas, dan juga kos promosi melalui penulis blog.

Laporan Ketua Audit Negara 2012

Laporan Ketua Audit Negara 2012

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd