Hari ini, pihak Google telah mengemaskini pelayar web mereka, sekaligus menjadikan angka versi untuk pelayar web Chrome pada Windows, Mac dan Linux ditingkatkan kepada angka versi 30, sekaligus menyertakan pelbagai penambah-baikkan melaluinya.
Chrome 30 menyertakan beberapa pembaharuan, termasuk memudahkan pencarian menggunakan imej melaluinya, disamping menyertakan beberapa API baru untuk digunakan dalam pembangunan aplikasi.
Pada masa yang sama, ia juga dilihat pihak Google turut sama memperkenalkan halaman tab baru mereka dengan lebih meluas kepada semua pengguna hari ini.
Bagi mereka yang menggunakan Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik, sementara pengguna baru boleh memuat-turunnya dan menggunakannya dalam urusan pelayaran web anda.