Samsung Dikatakan Mengoptimasikan Galaxy Note 3 Untuk Ujian Penanda Aras

Samsung Dikatakan Mengoptimasikan Galaxy Note 3 Untuk Ujian Penanda Aras

Diterbitkan pada Okt 2, 2013 oleh .

Samsung sedia dilanda dengan kontroversi apabila dikatakan membuat pelarasan untuk ujian penanda aras bagi peranti Galaxy S4 sebelum ini. Kini, perkara sama turut hadir, dimana melalui ujian yang dilakukan ArsTechnica, Samsung didapati membuat pelarasan khas untuk memaparkan skor tinggi.

Adakah skor benchmark memberikan kesan kepada pemilihan peranti anda?Daripada ujian yang dilakukan pihak ArsTechnica, Samsung didapati membuat “pelarasan” sehingga 20% apabila menjalankan beberapa aplikasi untuk tujuan ujian penanda aras.

Mengikut penemuan mereka, sebuah kod khas disertakan yang mana memberikan boost khas apabila beberapa aplikasi terpilih dijalankan.

Ia turut dikatakan yang mana, walaupun tidak melakukan sebarang pelarasan, peranti Samsung Galaxy Note 3 masih hadir sebagai lebih pantas apabila dibandingkan dengan LG G2 yang menggunakan cip pemprosesan sama – Snapdragon 800 2.3GHz. Kedua-dua peranti merupakan antara telefon pintar terbaru menjalankan Snapdragon 800, tetapi Galaxy Note 3 dilengkapi dengan memori 3GB RAM berbanding LG G2 hanya 2GB RAM.


TIPS & ULASAN