Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan iOS 7, salah satu penambahan yang dibawakan oleh pihak Apple adalah sokongan untuk alat kawalan permainan, dan kini kelihatan beberapa aksesori tambahan akan hadir, dan salah satunya daripada pihak Logitech.

Melalui sebuah tweet daripada @evleaks, sebuah gambar alat kawalan permainan daripada Logitech diperlihatkan, khusus untuk pengguna iPhone.

Logitech Gamepad

Gamepad baru ini akan membawakan sokongan khas dengan butang fizikal untuk mengawal permainan, sekaligus menawarkan pengguna dengan paparan skrin lebih luas untuk tujuan visual.

Daripada gambar, ia tampak sedikit panjang, dan mungkin agak janggal pada tangan. Namun, mungkin produk akhirnya sedikit berbeza. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dibawakan oleh pihak Logitech melalui gamepad khusus untuk iPhone ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd