Sony Xperia Z1 Boleh Didapati Di Malaysia – Berharga RM2399

Sony Xperia Z1 Boleh Didapati Di Malaysia – Berharga RM2399

Diterbitkan pada Okt 2, 2013 oleh .

Walaupun beberapa penjual telah mula menawarkannya, pihak Sony Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan telefon pintar terbaru daripada Sony, iaitu Xperia Z1 akan ditawarkan di Malaysia secara rasmi bermula 4 Oktober kelak, dan membawakan tanda harga RM2399.

Xperia Z1 membawakan sokongan kalis air dan debu yang sedia popular untuk Sony, selain mana telefon pintar ini turut memfokuskan sokongan kamera 20.7-megapixel dengan lensa-G bersama-sama dengannya. Beberapa fungsi khusus untuk kamera turut disertakan melalui aplikasi berkenaan.

Sony Xperia Z1

Dari segi spesifikasi, peranti bersaiz 5-inci ini turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2GHz, bateri berkapasiti 3000mAh, memori 2GB RAM, serta didatangkan dengan ruangan mikro-SD dengan sokongan sehingga 64GB.

Untuk masa yang terhad, menjadikan penawaran mereka lebih menarik lagi, pihak Sony turut menyertakan beberapa kandungan percuma bersama-sama dengan Xperia Z1. Dengan membelinya, pengguna akan ditawarkan dengan perkhidmatan muzik percuma selama tiga bulan melalui Akazoo, dan juga enam filem percuma melalui aplikasi Xperia Privilege yang didatangkan terbina pada peranti berkenaan.

Setiap pembelian juga dikatakan disertakan bersama-sama dengan Magnetic Charging Dock DK31.


TIPS & ULASAN