Valve Dilaporkan Mendaftarkan Tanda Dagang “Half-Life 3” Di Eropah

Valve Dilaporkan Mendaftarkan Tanda Dagang “Half-Life 3” Di Eropah

Diterbitkan pada Okt 2, 2013 oleh .

Half-Life 3Permainan Half-Life boleh dikatakan mempunyai peminat mereka tersendiri, dan kini ia dilihat yang mana pihak Valve telah pun mendaftarkan tanda dagang untuk nama “Half-Life 3” di Eropah.

Half-Life merupakan salah satu permainan popular dikalangan pengguna, dimana versi terakhir yang dikeluarkan adalah Half-Life 2 : Episode Two pada tahun 2007 yang lepas. Sejak daripada itu, pelbagai ura-ura dan desas-desus berkaitan Half-Life 3 telah kedengaran.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna permainan berkenaan akan diperkenalkan, dan mungkin lebih kepada perlindungan tanda dagang mereka. Pihak Valve juga dilihat masih tidak mendaftarkan tanda dagang yang sama di Amerika Syarikat buat masa ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sama ada pihak Valve akan hadir dengan Half-Life 3 ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN