Filem Warcraft Akan Hadir Pada Disember 2015

Diterbitkan pada Okt 2, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dari permainan video ke filem bukanlah sesuatu yang baru. Selain beberapa filem yang dalam pembangunan, kini nampaknya salah satu daripadanya adalah filem Warcraft yang dijadualkan untuk tayangan pada penghujung tahun 2015 kelak.

Filem tersebut bakal diterbitkan bersama oleh Legendary Pictured dan juga Universal, dan diarahkan oleh Duncan Jones. Filem ini bakal memulakan rakaman bermula awal tahun hadapan (2014), sebelum ditayangkan kepada semua pada 18 Disember 2015 kelak.

Mengikut apa yang dikongsikan pada Comic-Con yang lepas, filem ini akan memperlihatkan beberapa pertempuran, termasuk antara orc dan manusia.

Mungkin kita akan dapat melihat video teaser trailer dikongsikan penerbit filem ini pada tahun hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami