Vertu Hadir Dengan Sebuah Lagi Peranti Android – Vertu Constellation

Vertu Hadir Dengan Sebuah Lagi Peranti Android – Vertu Constellation

Diterbitkan pada Okt 2, 2013 oleh .

Vertu sedia terkenal dengan telefon pintar pada harga premium dengan beberapa perkhidmatan tambah nilai. Sebelum ini, setelah sekian lama menggunakan Symbian, mereka telah hadir dengan telefon pintar Android, dinamakan Vertu Ti. Kini, telefon Android kedua daripada mereka turut diperkenalkan secara rasmi.

Vertu Constellation

Dinamakan sebagai Vertu Constellation, ia hadir dalam lima pilihan warna, dan membawakan rekaan yang kelihatan agak mewah seperti beberapa peranti keluaran mereka sebelum ini.

Seperti biasa, dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan Android 4.2, skrin bersaiz 4.3-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, bateri berkapasiti 1800mAh, dan kamera belakang 13-megapixel. Vertu Constellation ini turut hadir dengan langganan percuma iPass WiFi, serta beberapa penambahan lain bersama-sama dengannya.

Vertu Constellation

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah akan memasuki pasaran Malaysia. Namun, harganya dijangka akan lebih rendah berbanding dengan Vertu Ti yang dijual pada harga RM34,500 sebelum ini.


TIPS & ULASAN