Dengan pelbagai telefon pintar yang membawakan rekaan skrin lebih kurang sama, nampaknya LG dan Samsung masing-masing ingin hadir dengan sedikit perbezaan, dan dikatakan akan memperkenalkan telefon dengan skrin fleksibel seawal bulan ini.
Mengikut apa yang dikatakan, Samsung akan hadir dengan telefon pintar variasi Galaxy Note yang menyertakan skrin melengkung. Pihak LG pula dikatakan akan hadir dengan sebuah peranti dikenali LG Z yang memfokuskan kepada peranti dengan skrin fleksibel.
Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak melengkung atau fleksibel sepenuhnya, memandangkan beberapa komponen lain seperti bateri, kerangka luar dan sebagainya masih perlu diambil kira.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh kedua-dua gergasi dari Korea Selatan ini pada bulan ini.