Carian
Dell Memperkenalkan Dua Tablet Android Baru – Venue 8 Dan Venue 7
October 3, 2013 Aman

Setelah sekian lama tidak hadir dengan peranti berasaskan Android, hari ini pihak Dell menambah dua tablet baru dibawah mereka yang mana dijana menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jellybean, iaitu Venue 7 dan juga Venue 8.

Dell Venue 7

Kedua-duanya dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom (dwi-teras), dan seperti semua sedia maklum, ia membawakan perbezaan dari segi saiz skrin, dimana satu bersaiz 7-inci dan satu lagi bersaiz 8-inci. Selain itu, perbezaan yang lain adalah dari segi kamera hadapan, dimana versi Venue 7 hanya menyertakan kamera hadapan VGA, sementara Venue 8 menyertakan kamera hadapan 2-megapixel.

Dell Venue 7

Perkara lain yang ditawarkan adalah sama, iaitu kamera belakang 3-megapixel, resolusi skrin 1280×800 pixel dan dilengkapi memori 2GB RAM.

Venue 8 bakal ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan merah, manakala Venue 7 hanya hadir dalam pilihan warna hitam.

Tarikh pelancaran rasmi kedua-dua tablet Android daripada Dell ini untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Komen