Dell Venue 11 Pro Hadir Dengan Sokongan NFC Dan Miracast – Menjalankan Windows 8.1

Dell Venue 11 Pro Hadir Dengan Sokongan NFC Dan Miracast – Menjalankan Windows 8.1

Diterbitkan pada Okt 3, 2013 oleh .

Selain daripada tablet berasaskan Android, pihak Dell juga turut sama memperkenalkan tablet berasaskan Windows 8.1 mereka yang terbaru, iaitu Dell Venue 11 Pro.

Dell Venue 11 Pro

Dell Venue 11 Pro turut sama menggunakan cip pemprosesan Intel Atom tetapi versi empat-teras, dilengkapi memori sebesar 2GB RAM, skrin bersaiz 10.8-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, kamera hadapan 2-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel.

Daripada apa yang diperlihatkan, Venue 11 Pro ini memfokuskan kepada pengguna di rumah dan juga pejabat, dan pihak Dell turut melengkapkan ia dengan beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan NFC dan juga Miracast.

Selain daripada versi bersaiz sekitar 11-inci, pihak Dell turut sama hadir dengan tablet Windows bersaiz 8-inci yang dinamakan Venue 8 Pro. Ia turut dilengkapi dengan cip Intel Atom empat-teras, resolusi skrin pada 1280×800 pixel, memori 2GB RAM, kamera hadapan 1.2-megapixel dan kamera belakang 5-megapixel.

Dell Venue 8 Pro

Dell Venue 8 Pro akan ditawarkan dalam warna hitam dan merah, sementara Venue 11 Pro hanya ditawarkan dalam pilihan warna hitam sahaja.

Seperti tablet versi Android, tarikh rasmi berkenaan bilakah tablet ini akan memasuki pasaran tempatan masih menjadi tanda tanya.


TIPS & ULASAN