Salah satu perkara yang sering menjadi halangan untuk pengguna tempatan membeli aplikasi untuk peranti mereka adalah disebabkan penggunaan kad kredit dan sebagainya. Kini, dalam usaha memudahkannya, PayPal menyatakan sokongan untuk ekosistem Samsung.
Bagi pengguna peranti Samsung, kini anda boleh membuat pembelian melalui Samsung Apps dan Samsung Hub menggunakan PayPal, sekaligus memudahkan proses pembayaran untuknya.
Melaluinya, ia sekaligus membolehkan pengguna peranti Samsung memuat-turun dan membeli aplikasi, lagu, filem, rancangan televisyen, buku digital dan juga permainan video dengan lebih mudah.
Di Malaysia, penggunaan akaun PayPal sedia meluas, dan mungkin dengan pengumuman kerjasama kedua-dua pihak ini, ia akan memudahkan lagi pengguna membuat pembelian menggunakannya. Namun, mungkin agak mendukacitakan adalah kerana ia terhad kepada ekosistem Samsung sahaja buat masa ini.