Beberapa minggu yang lepas, Google telah mengambil-alih Bump, dan hari ini mereka turut menambah koleksi portfolio dibawah mereka, dengan mengambil-alih satu lagi syarikat yang memfokuskan kepada teknologi gesture, iaitu Flutter.
Flutter sebelum ini menawarkan sokongan untuk mengesan gesture melalui penggunaan webcam pada komputer. Ia dikatakan perisian berkenaan akan terus ditawarkan untuk pengguna buat masa ini.
Dengan pengambil-alihan pihak Google, pelbagai persoalan baru hadir bertanyakan bagaimanakah pihak Google akan mengimplementasikannya pada produk mereka. Mungkin sokongan gesture yang lebih baik akan hadir pada Android, Google Glass dan juga beberapa produk mereka yang lain?