SkyDrive Pada Windows 8.1 Menyertakan Sokongan SmartFiles

SkyDrive Pada Windows 8.1 Menyertakan Sokongan SmartFiles

Diterbitkan pada Okt 3, 2013 oleh .

Microsoft sedia menyertakan sokongan OCR (Optical Character Recognition) pada SkyDrive versi web. Kini, nampaknya teknologi sama diperluaskan, dan akan turut disertakan pada aplikasi SkyDrive untuk Windows 8.1 kelak.

Untuk yang tidak mengenali akan teknologi OCR, ia membolehkan imbasan gambar dilakukan dan mengenal-pasti teks yang dipaparkan pada gambar. Seterusnya, pengguna boleh membuat beberapa perkara, seperti menyalin teks berkenaan, ataupun membuat terjemahan untuk sesuatu teks. Perkara ini juga akan memudahkan proses carian sesuatu gambar dan video dengan lebih mudah melaluinya.

Windows 8.1 akan ditawarkan kepada umum bermula 18 Oktober kelak, dan selain aplikasi SkyDrive ini, pihak Microsoft turut dijangka akan menyertakan beberapa perkara lain bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN