Salah satu perkara yang sering dikaitkan dengan peranti Android adalah sokongan kemaskini untuknya. Dalam usaha untuk memudahkan para pembangun mengetahui versi Android popular, pihak Google menyediakan data semasa penggunaan, dan melaluinya kini dilihat Android Jelly Bean sebagai versi Android paling popular di seluruh dunia.
Melalui data terkini yang dikeluarkan, hampir separuh peranti Android seluruh dunia kini menjalankan Android Jelly Bean. Gabungan Android 4.1, 4.2 dan 4.3 kini berjumlah 48.6%, sekaligus menjadikannya sebagai versi Android paling banyak digunakan berbanding beberapa versi lain.
Pada tempat kedua adalah versi Gingerbread dengan penggunaan sekitar 28.5%, dan diikuti oleh Ice Cream Sandwich berjumlah 20.6%.
Selain daripada ketiga-tiga versi ini, pihak Google juga dijangka akan hadir dengan Android 4.4 KitKat pada bulan ini.