Cari @ Amanz

Pada tahun ini sahaja, pihak BitTorrent telah hadir dengan beberapa eksperimen dalam memperluaskan penggunaan teknologi mereka. Terkini, salah satu eksperimen terbaru mereka dalam fasa alpha adalah BitTorrent Chat.

BitTorrent Labs

BitTorrent Chat ini selain hanya sekadar menawarkan perkhidmatan sembang percuma, ia turut memfokuskan kepada sekuriti, dimana setiap mesej yang dihantar di enkripsi dari seorang penerima ke penerima yang lain. Ia juga tidak menerima sebarang mesej pada pelayan, berbanding beberapa perkhidmatan lain.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat percubaan, dan bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada BitTorrent Labs hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd