Panasonic 7″ Toughpad Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Panasonic 7″ Toughpad Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 3, 2013 oleh .

Panasonic sedia menawarkan beberapa peranti mereka untuk tujuan penggunaan perusahaan yang terlibat dalam aktiviti luar dan memerlukan peranti tahan lasak. Menambah kepada penawaran mereka, terkini mereka melancarkan Toughpad 7″ untuk pasaran tempatan.

Panasonic Toughpad 7 membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan dijana menggunakan sistem operasi Android. Ia turut hadir dengan sebuah strap pada bahagian hadapan untuk tujuan penggunaan sebelah tangan – sesuai untuk beberapa tugasan kerja seperti ketika menyemak inventori dan sebagainya. Sokongan kalis air dan debu turut disertakan melalui tablet ini.

Panasonic Toughpad 7

Spesifikasi lain adalah termasuk cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori 1GB RAM, bateri boleh tanggal dengan masa penggunaan sehinga 8 jam, serta dilengkapi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Harga untuknya tidak dikongsikan dan dikatakan pengguna perusahaan boleh mendapatkannya bermula Oktober ini daripada para pengedar tempatan.


TIPS & ULASAN