Pengiklanan Akan Hadir Pada Instagram Dalam Beberapa Bulan Lagi

Pengiklanan Akan Hadir Pada Instagram Dalam Beberapa Bulan Lagi

Diterbitkan pada Okt 4, 2013 oleh .

Antara cara untuk kebanyakkan perkhidmatan atas-talian menjana pendapatan adalah melalui pengiklanan. Instagram tidak terlepas daripadanya, dimana hari ini mereka secara rasminya berkongsi mengatakan pengiklanan akan hadir tidak lama lagi ke perkhidmatan mereka.

Untuk permulaan, ia akan diperlihatkan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu.

Mengikut apa yang dikongsikan, pengiklanan dijangka akan dioptimasikan untuk ditunjuk seberapa baik yang boleh tanpa menganggu pengalaman penggunaan perkhidmatan tersebut.

Instagram turut mengatakan pengguna boleh “menyembunyikan” sesuatu iklan sekiranya tidak menyukainya, serta memberikan maklumbalas berkaitan dengan iklan tersebut supaya mereka boleh mengoptimasikannya pada masa akan datang.

Perkara ini juga mungkin akan memberikan beberapa kesan kepada klien Instagram yang dibangunkan pihak ketiga seperti untuk Windows Phone, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN