Microsoft Dan HTC Dikatakan Dalam Perbincangan Untuk Menyertakan Windows Phone Pada Peranti Android

Microsoft Dan HTC Dikatakan Dalam Perbincangan Untuk Menyertakan Windows Phone Pada Peranti Android

Diterbitkan pada Okt 4, 2013 oleh .

Walaupun pernah mengeluarkan beberapa peranti Windows Phone sebelum ini, tetapi pihak HTC boleh dikatakan sebagai memfokuskan kepada peranti Android mereka sepanjang tahun ini. Salah satu perkara yang mungkin menjadi sebab untuknya adalah mungkin kerana kos pelesenan untuk Windows Phone sendiri.

Mengikut apa yang dilaporkan oleh Bloomberg, ia dikatakan Microsoft dan HTC dalam perbincangan untuk memberikan kos pelesenan sebagai insentif, sekaligus memudahkan untuk HTC menggunakan platform mereka.

Selain daripada hanya kos pelesenan, mengikut apa yang dikatakan, Microsoft dan juga HTC dalam perbincangan untuk menyertakan sistem operasi Windows Phone bersama-sama peranti Android, sekaligus memberikan pilihan kedua kepada para pengguna.

Memandangkan ia hanya sekadar laporan awal mengenai perbincangan Microsoft dan juga HTC, maka bagaimanakah ia akan berfungsi masih tidak diketahui. Adakah pengguna akan diberikan pilihan ketika boot ataupun ketika pembelian juga masih menjadi tanda tanya.

Namun, sekiranya pihak HTC dan Microsoft hadir dengan peranti seumpamanya, ia tidak mustahil pada masa depan lebih ramai pengeluar hadir dengan peranti dwi-sistem operasi terbina bersama-sama dengannya.

Jadi, apa kata anda berkaitan dengan perkara ini?


TIPS & ULASAN