Aplikasi “pembantu peribadi” seperti Google Now adalah amat berguna terutamanya untuk pengguna peranti mudah-alih. Kini, nampaknya pihak Apple turut sama ingin menambah-baik platform mereka, dan kini diketahui mereka telah mengambil satu lagi syarikat, iaitu Cue.
Cue sebelum ini berfungsi dengan merujuk kepada emel serta rangkaian sosial, dan menyediakan agenda untuk para pengguna. Dengan pengambil-alihan ini, Cue akan menutup syarikat mereka, dan berkemungkinan akan diserap ke Apple.
Selain daripada Apple, ia turut dikatakan Dropbox pernah berminat mendapatkan mereka sebelum ini.
Buat masa ini, bagaimanakah Apple akan mengimplementasikannya pada platform mereka masih tidak diketahui lagi.