Beberapa Gambar Yang Dikatakan Sebagai Android KitKat Versi Awal Tertiris Ke Web

Beberapa Gambar Yang Dikatakan Sebagai Android KitKat Versi Awal Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Okt 4, 2013 oleh .

Dengan pengumuman Google berkenaan dengan Android KitKat tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan apakah perkara-perkara baru yang akan disertakan melaluinya. Kini, beberapa gambar awal hadir, mengatakannya sebagai versi awal pembangunan untuk KitKat.

Memandangkan ia versi awal, maka ia masih kekal menggunakan nama KeyLimePie pada gambar tersebut, sekaligus memberikan idea yang mana ia mungkin versi beberapa bulan yang lepas.

Android 4.4

Android 4.4

Mungkinkah gambar ini benar?Daripada apa yang diperlihatkan, gambar-gambar tersebut menunjukkan beberapa penambahan, termasuk penambahan aplikasi Google Keep dan QuickOffice. Selain mana, bahagian kamera juga turut diberikan perhatian dengan lebih banyak efek disertakan – membawakan fungsi seumpama Instagram.

Beberapa perubahan rekabentuk juga turut kelihatan, termasuk penambahan sokongan percetakkan pada versi Android tersebut.

Android 4.4

Apakah ini adalah benar ataupun sebaliknya, mungkin kita akan mendapat jawapan berkenaan dengannya tidak lama lagi. Google dijangka akan memperkenalkannya sekitar bulan ini, bersama-sama telefon pintar Nexus 5.


TIPS & ULASAN