Cari @ Amanz

AdobeWeb dan pengodaman seperti sukar dipisahkan. Hari ini, pihak Adobe berkongsi mengatakan rangkaian mereka telah diceroboh, dan perkara ini membuatkan informasi lebih 2.9 juta pelanggan mereka menjadi mangsa kepada perkara ini.

Antara informasi yang terdedah adalah termasuk nama pelanggan, nombor kad kredit (yang di enkripsi), dan beberapa informasi lain. Pelbagai kod sumber untuk produk Adobe turut diakses oleh penceroboh ini.

Menurut Adobe, sekiranya anda merupakan salah satu mangsa, anda akan menerima emel dengan arahan untuk mengubah kata laluan. Adobe turut mengatakan mereka telah memaklumkan perkara ini kepada bank yang memproses pembayaran Adobe.

Perkara ini sendiri mungkin akan memberikan nama yang agak buruk kepada sekuriti oleh pihak Adobe. Apa pun, sama-sama kita nantikan perkongsian pihak Adobe mengenai perkembangan kes ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd