OS X Mavericks Mencapai Fasa “Golden Master” – Pelancaran Tidak Lama Lagi

OS X Mavericks Mencapai Fasa “Golden Master” – Pelancaran Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 4, 2013 oleh .

Apple sedia mengumumkan nama baru untuk sistem operasi OS X mereka sebelum ini, dan kini ia dilihat ia telah pun mencapai fasa akhir pembangunan, dan mungkin akan diperkenalkan kepada para pengguna dalam beberapa minggu lagi.

Hari ini, Apple telah pun sedia menawarkan versi pembangunan akhir mereka, OS X Mavericks (Golden Master) kepada para pembangun, sekaligus memudahkan mereka mengoptimasikan perisian sebelum ia mula ditawarkan kepada pengguna umum.

OS X Mavericks kelak akan membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan notifikasi lebih baik, beberapa aplikasi baru seperti Maps, dan pelbagai penambahan yang lain.

Bagi para pembangun yang mempunyai akses ke AppleSeed, anda boleh memuat-turunnya hari ini, sementara untuk pengguna umum, mungkin perlu menantikannya beberapa minggu lagi sebelum dilancarkan.


TIPS & ULASAN