Cari @ Amanz

Setiap kali telefon pintar baru hadir, salah satu perkara yang diuji adalah ujian jatuh (drop test), melihat ketahanannya apabila dijatuhkan daripada suatu jarak. Dan Xperia Z1 tidak terlepas untuknya.

Daripada ujian yang dilakukan oleh Android Authority, ia dilihat yang mana ketahanan binaan yang dibawakan oleh Xperia Z1 amat baik, dan tiada skrin yang retak. Melalui tiga ujian yang dilakukan, ia hanya hadir dengan sebuah kerosakkan yang kecil sahaja pada binaan badan.

Namun, agak mendukacitakan adalah kerana telefon berkenaan tidak dapat dibuka selepas tiga ujian jatuh dilakukan. Perkara ini mungkin kerana komponen dalaman yang mungkin menerima impak daripada jatuh dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd