Cari @ Amanz

MixBitMixBit sebelum ini telah diperkenalkan kepada para pengguna iOS, dimana ia memudahkan pengguna untuk merakamkan video, disamping pada masa yang sama mengabungkannya bersama-sama video lain, dan menyunting serta menjadikannya lebih menarik.

Untuk makluman, MixBit ini dimulakan oleh pengasas YouTube, iaitu Chad Hurley dan juga Steve Chen. Walaubagaimanapun, popularitinya masih lagi kecil berbanding beberapa perkhidmatan yang lain.

Menggunakan MixBit, pengguna boleh menyunting dan mengabungkan klip video sehingga sejam, dan menerbitkan video baru yang lebih menarik menggunakannya. Proses penyuntingan juga amat mudah, dan boleh dikawal menggunakan hanya drag-dan-drop sahaja.

Pengguna juga turut disediakan dengan sebuah laman khas, membolehkan meeka berkolaborasi dan remix video-video yang dibangunkan pengguna lain.

Bagi para pengguna peranti Android, kini anda boleh memuat-turun versi Android dan mencubanya sendiri pada peranti anda perkhidmatan MixBit ini, dan membandingkan ia dengan beberapa aplikasi yang lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd