Google, Samsung, Dan LG Dikatakan Dalam Perbincangan Pembidaan BlackBerry

Diterbitkan pada Okt 5, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BlackBerry sedia mencari pembeli sebelum ini, dan Fairfax Financial sedia menawarkan $4.7 bilion untuk mengambil-alih BlackBerry. Namun, pembidaan masih terbuka dan dikatakan beberapa syarikat lain turut dalam perbincangan untuk mendapatkan sebahagian daripada BlackBerry.

Ia dikatakan perbincangan masih pada peringkat awal, yang mana melibatkan pelbagai syarikat, termasuk antaranya adalah Google, Cisco, Intel, LG dan juga Samsung.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui bahagian apakah yang menarik minat gergasi teknologi ini. Berkemungkinan besar ia adalah berkaitan dengan teknologi pelayan BlackBerry dan juga beberapa paten yang dimiliki pengeluar telefon pintar berkenaan.

Seperti biasa, ia sekadar desas-desus awal, dan tiada syarikat yang mengeluarkan komen mereka buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami