Skype Akan Mula Memperkenalkan Sokongan Sync Mesej Pada Pelbagai Peranti

Skype Akan Mula Memperkenalkan Sokongan Sync Mesej Pada Pelbagai Peranti

Diterbitkan pada Okt 5, 2013 oleh .

Salah satu kekurangan pada Skype sehingga kini adalah dimana ia tidak sync mesej chat pada pelbagai peranti. Sebagai contoh, selepas anda chat menggunakan desktop, dan jika beralih kepada peranti mudah-alih, senarai mesej yang sama dimuat-turun dan diberikan notifikasi kepada anda sebagai belum dibaca.

Kini, ia dilihat masalah ini akan diatasi tidak lama lagi, bersama-sama beberapa perubahan lain pada perkhidmatan permesejan mereka. Ia juga sekaligus akan mengembirakan ramai pengguna yang terutamanya menggunakan pelbagai peranti untuk mengakses perkhidmatan Skype.

Walaubagaimanapun, Microsoft tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah sokongan ini akan hadir, dan sekadar mengatakan ia akan diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN