Walaupun ramai yang telah beralih ke teknologi HTML5, namun masih ramai menggunakan fail berformat SWF pada web. Untuk memudahkan paparannya pada web, kini pihak Mozilla bereksperimen dengan teknologi baru dinamakan sebagai Shumway.
Shumway memfokuskan kepada kebolehan menggunakan HTML5 dan juga Javascript dalam memaparkan fail SWF pada pelayar web.
Pembangunan Shumway telah pun dimulakan pada tahun 2012, dan ia telah pun sedia ditawarkan sebagai bentuk extension untuk Firefox. Kini, dalam usaha memudahkan para pengguna, ia kelihatan pihak Mozilla turut sama mengintegrasikannya terus pada pelayar web Firefox mereka.
Buat masa ini, ia didatangkan bersama-sama Firefox Nightly, tetapi masih tidak diaktifkan. Teknologi Shumway ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dimana ia hanya sekadar menyokong beberapa aplikasi berasaskan Flash sahaja, dan belum menyokong secara menyeluruh lagi. Namun, ia mungkin berubah tidak lama lagi.