Cari @ Amanz

Nokia hari ini dilihat telah mula memaklumkan para pembangun berkenaan dengan kemaskini pada Nokia Store, dimana mereka tidak lagi akan menerima sebarang aplikasi baru ataupun kemaskini aplikasi untuk platform Symbian dan Meego bermula 1 Januari 2014 kelak.

Perkara ini agak mengejutkan para pembangun, terutamanya memandangkan tiada lagi kemaskini aplikasi yang dibenarkan. Sebelum ini, pihak Nokia telah mengatakan Symbian akan disokong sekurang-kurangnya sehingga 2016 kelak.

Walaubagaimanapun, Nokia turut mengatakan yang mana Nokia Store akan terus boleh diakses melalui peranti Symbian dan Meego.

Melalui emel yang sama, Nokia mengalakkan para pembangun untuk membangunkan kepada dua platform fokus mereka yang terkini, iaitu Asha dan juga Windows Phone.

Pengumuman ini mungkin agak mengejutkan para pembangun. Tetapi, berkemungkinan dengan pengumuman berkenaan dengan penjualan bahagian peranti kepada Microsoft, perkara ini adalah salah satu perkara yang telah dijangkakan ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd