Valve Berkongsi Spesifikasi Untuk Prototaip Steam Machine

Valve Berkongsi Spesifikasi Untuk Prototaip Steam Machine

Diterbitkan pada Okt 5, 2013 oleh .

Valve pada minggu lepas telah berkongsi mengenai dengan SteamOS, Steam Machine dan juga alat kawalan yang dipanggil Steam Controller. Kini, pihak Valve turut sama berkongsi mengenai spesifikasi yang akan dibawakan oleh prototaip awal untuk Steam Machines kelak.

Mengikut apa yang dikongsikan, prototaip pertama untuk Steam Machine ini akan didatangkan dalam beberapa pilihan GPU, termasuk NVIDIA Titan, GTX780, GTX760 dan juga GTX660. Dari segi CPU pula ia turut akan didatangkan dalam variasi Intel i7, i5 dan juga i3. Dari segi RAM, ia akan hadir dengan 16GB DDR3 (CPU) serta 3GB GDDR5 (GPU). Prototaip awal ini akan turut hadir dengan storan sehingga 1TB bersama-sama dengannya.

Seperti semua sedia maklum, ia akan ditawarkan secara percuma kepada lebih kurang 300 pengguna Steam yang terpilih, dan pihak Valve akan mendapatkan maklumbalas awal daripada pengguna berkenaan dengannya supaya dapat menambah-baik versi akhir kelak.

Dari segi spesifikasi yang dikongsikan, ia dilihat sebagai sebuah Steam Machine yang berkuasa tinggi, dan mungkin versi akhir kelak akan dioptimasikan berdasarkan kepada pendapat para pengguna.


TIPS & ULASAN