Samsung beberapa hari yang lepas telah berkongsi mengenai angka pengguna ChatON yang telah sedia mencapai 100 juta pengguna. Kini, dengan fokus untuk menarik lebih ramai pengguna, mereka turut memberikan nafas baru untuk aplikasi ChatON pada Android.
Melalui kemaskini ChatON 3.0 untuk Android, ia kini membawakan beberapa elemen Holo, sekaligus menyeragamkan ia dengan pelbagai aplikasi popular Android yang lain.
Bersama-sama kemaskini ini, pengguna juga kini diberikan kebolehan untuk mengubah pelbagai perkara pada profil mereka, termasuk mengubah gambar latar, serta berkongsi imej, video dan sebagainya ke halaman profil rakan.
Bagi pengguna yang menggunakan ChatON, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut dari Google Play hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun ChatON untuk Android