Nexus 5 merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna, terutamanya peminat peranti Android. Beberapa gambarnya telah pun tertiris ke arena web sebelum ini, dan kini sebuah dokumen yang dikatakan sebagai manual untuk LG Nexus 5 turut dikongsikan.
Manual untuk pengguna tersebut juga turut memperlihatkan beberapa gambar, termasuk informasi tambahan berkenaan dengan telefon Nexus akan datang ini.
Dari segi spesifikasi yang diterbitkan pada manual berkenaan, LG Nexus 5 ini dilihat akan hadir dengan skrin bersaiz 4.95-inci, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel OIS, kamera hadapan 1.3-megapixel, bateri berkapasiti 2300mAh, serta menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz.
Walaubagaimanapun, ia dikatakan berkemungkinan dokumen ini masih pada peringkat draft awal.