Cari @ Amanz

Pelayar web Chrome sedia menyokong paparan Metro (ModernUI) untuk Windows 8, dan kini melalui pelayar web versi pembangun (Chrome Dev), ia dilihat Google sedang menguji paparan seumpama ChromeOS bagi pengguna Windows 8.

Chrome Windows 8

Daripada apa yang dilihat, ia turut menyertakan sokongan paparan bahagian taskbar, termasuk bahagian jam padanya. Paparan penuh ini hanya dapat dilihat apabila pengguna menjalankannya dalam mod Metro pada Windows 8.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan awal, maka terdapat beberapa masalah ketika menggunakannya buat masa ini.

Ia juga turut tidak diketahui sama ada versi ini akan diperkenalkan pada versi stabil akhir kelak untuk pengguna Windows 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd