Bagaimana Mengawal Siapa Yang Boleh Melihat Perkongsian Lama Anda Di Facebook?

Bagaimana Mengawal Siapa Yang Boleh Melihat Perkongsian Lama Anda Di Facebook?

Diterbitkan pada Okt 6, 2013 oleh .

Baru-baru ini, Graph Search telah dikemaskini, membolehkan pengguna membuat carian informasi berkenaan pelbagai perkongsian yang pernah dilakukan oleh pengguna pada laman sosial Facebook. Perkara ini mungkin tidak begitu digemari ramai, dan pengguna boleh mengehadkan siapakah yang dapat melihat perkongsian lama mereka di laman sosial berkenaan.

Untuk mengehadkan siapakah yang dapat melihat perkongsian anda, pengguna hanya perlu ke laman Privacy Settings di laman Facebook. Kemudian, pada bahagian menu di kiri, pilih pada Privacy.

Beberapa pilihan baru akan dipaparkan pada bahagian kanan laman tersebut. Padanya, pengguna boleh memilih Limit The Audience for Old Posts on Your Timeline.

Facebook Privasi

Dengan membuat pilihan tersebut, semua perkongsian yang ditetapkan sebagai umum akan diubah untuk boleh dilihat oleh rakan-rakan sahaja, sekaligus menawarkan sokongan privasi yang lebih baik kepada pengguna.

Memandangkan melalui Graph Search, semua kemaskini yang dilabelkan “umum” boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, perkara ini dapat mengekalkan privasi anda, disamping mengelak daripada mereka yang tidak berkaitan untuk melihat kemaskini dan perkembangan semasa anda.


TIPS & ULASAN