Cari @ Amanz

Bagi para peminat permainan tembak-menembak Battlefield, kini anda boleh memuat-turun versi beta untuknya terlebih dahulu pada PC, PlayStation 3 dan juga Xbox 360, serta menguji permainannya sebelum pelancaran rasminya kelak.

Pada versi beta ini, hanya satu peta permainan sahaja disediakan, dipanggil sebagai Siege of Shanghai. Selain memberikan idea awal mengenai permainan tersebut, tujuan beta ini juga adalah termasuk untuk menguji sokongan pelayan mereka serta membolehkan pihak pembangunnya mengoptimasikan ia untuk tujuan multiplayer.

Pengguna juga turut boleh mencuba mod Conquest dan Domination pada permainan berkenaan. Permainan penuh tersebut dijangka akan dilancarkan kepada umum pada penghujung bulan ini, sementara versi beta ini boleh dimainkan sehingga 15 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd