Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai Microsoft bakal mengabungkan dua sistem operasi mereka itu bukanlah sesuatu yang baru. Kini ia kedengaran sekali lagi, dimana dikatakan Microsoft akan mengabungkan Windows RT dan juga Windows Phone dalam masa dua tahun akan datang secara berperingkat.

Memandangkan antaramuka kedua-duanya tidak jauh berbeza, maka mungkin ia tidak akan menyukarkan pengguna untuk menggunakan dan mengadaptasi kepadanya kelak.

Perkara ini hadir dengan lanjutan daripada laporan mengatakan pihak Microsoft mungkin akan gabungkan kedua-dua kedai aplikasi Windows Phone Store dan Windows 8 Store tidak lama lagi.

Selain itu, mengikut gambar yang tertiris sebelum ini, ia turut memperlihatkan Nokia akan hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk Windows Phone 8 dan juga Windows RT pada penghujung bulan ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan gabungan sistem operasi ini? Mungkinkah kelak kita akan melihat sebuah peranti mudah-alih seumpama Ubuntu Edge hadir daripada Microsoft?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd