Alat Kawalan Permainan PlayStation 4 Boleh Digunakan Pada Komputer Windows

Alat Kawalan Permainan PlayStation 4 Boleh Digunakan Pada Komputer Windows

Diterbitkan pada Okt 7, 2013 oleh .

Sony kini boleh dikatakan dalam menyiapkan versi akhir konsol PlayStation 4 mereka. Terkini, ia disahkan yang mana para pengguna boleh menggunakan alat kawalan permainan PlayStation 4 tersebut pada PC tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, alat kawalan PlayStation 4 DualShock 4 ini hanya akan membawakan fungsi-fungsi asas sahaja, dimana butang kawalan dan juga control stick boleh digunakan tanpa masalah.

Namun, untuk sokongan beberapa fungsi khas, ia tidak akan disokong ketika pengenalan awalnya, dan mungkin akan hadir selepas itu.

PlayStation 4 dijangka akan ditawarkan di Malaysia pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN