Carian
5 Laman Yang Berguna Untuk Mereka Yang Ingin Belajar Pengaturcaraan
October 7, 2013 Aman

Terdapat pelbagai bahasa pangaturcaraan yang digunakan dalam arena IT pada hari ini. Seperti biasa, terdapat beberapa medium untuk mempelajarinya secara berbayar dan percuma, dan disini kami himpunkan beberapa laman yang mungkin berguna untuk mereka yang ingin mula belajar mengenainya.

Codecademy

Codecademy Labs

Pernah kami kongsikan beberapa kali sebelum ini, Codecademy menawarkan cara interaktif untuk pembelajaran, dimana setiap pengguna akan diperlukan mendaftar akaun percuma, dan mula belajar dari asas untuk sesuatu bahasa pengaturcaraan yang dipilih.

Khan Academy

Khan Academy

Bercakap mengenai pembelajaran online, semestinya salah satu laman yang tidak boleh dilupakan adalah Khan Academy. Seperti beberapa subjek, Khan Academy turut sama menyediakan ruangan khas untuk subjek berkaitan pengaturcaraan, membolehkan pengguna mempelajari dan mengikut latihan asas padanya.

Runnable

Runnable

Berbeza dengan dua laman sebelum ini, Runnable menawarkan koleksi kod-kod pengaturcaraan, dan berfungsi seperti “YouTube untuk kod”. Melaluinya, pengguna boleh membuat carian kod berdasarkan kepada bahasa pangaturcaraan yang dikehendaki, dan merujuknya untuk tujuan pembelajaran.

Programmr

Programmr

Programmr pula lebih memfokuskan kepada aktiviti penilaian, membolehkan pengguna untuk menyemak dan menilai pengetahuan mereka mengenai pangaturcaraan.

StackOverflow

StackOverflow

Bercakap mengenai pengaturcaraan, salah satu laman utama yang menjadi rujukan ramai adalah StackOverflow, dimana melaluinya ramai ahli komuniti membantu satu sama lain dalam mengatasi masalah yang dihadapi ahli lain, dan berfungsi sebagai sebuah forum untuk tujuan pertanyaan.


Selain daripada laman-laman ini, terdapat beberapa laman yang lain yang turut sama membantu para pengguna dalam mempelajari ilmu berkenaan pengaturcaraan. Sekiranya anda mempunyai laman pilihan lain, jangan lupa berkongsi bersama kami mengenainya.

Komen