Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, beberapa media sedia melaporkan yang mana gergasi elektronik daripada Korea Selatan, iaitu Samsung akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin fleksibel mereka yang pertama kepada umum.

Kini, mengikut beberapa laporan, ia dikatakan telefon pintar berkenaan mungkin hadir pada minggu ini dan dijangka menggunakan nama Galaxy Round.

Spesifikasi peranti berkenaan dijangka akan hampir menyerupai Galaxy Note 3, dan ia dijangka akan menggunakan panel paparan berasaskan plastik, sekaligus menjadikan ia lebih tahan lasak berbanding panel berasaskan kaca.

Selain daripada Samsung, pihak LG juga dijangka akan memperkenalkan telefon pintar dengan skrin fleksibel pada bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd