Cari @ Amanz

Kepelbagaian peranti daripada Samsung bukanlah sesuatu yang baru, apatah lagi peranti khusus untuk pasaran Jepun. Kini, sebuah peranti baru tertiris ke arena web, dikatakan sebagai Galaxy J, dan mungkin khusus untuk pasaran Jepun.

Samsung Galaxy J

Mengikut desas-desus yang kedengaran, ia dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci, cip Snapdragon 800, memori 3GB RAM, serta membawakan pilihan warna merah, putih dan juga biru.

Ia juga dilihat yang mana pihak Samsung mengubah sedikit gaya rekabentuk mereka untuk peranti ini.

Galaxy J

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan hadir ke pasaran antarabangsa ataupun hanya khusus untuk pasaran Jepun sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd