Samsung sedia hadir dengan pelbagai peralatan elektronik, dan terkini, desas-desus baru mengatakan gergasi dari Korea Selatan tersebut sedang membangunkan pesaing untuk Google Glass, iaitu sebuah kaca mata pintar tersendiri.
Dikenali dengan nama “Gear Glass” buat masa ini, ia dikatakan berkemungkinan akan diperlihatkan pada pertengahan pertama tahun hadapan.
Seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura awal sahaja, dan tiada sebarang pengesahan daripada pihak Samsung berkaitan dengannya. Namun, dengan pihak Samsung yang sedia hadir dengan pelbagai peralatan elektronik, termasuk jam tangan pintar Galaxy Gear baru-baru ini, ia tidak mustahil untuk mereka membangunkan dan memasarkan kaca mata pintar mereka.
Namun, memandangkan isu privasi masih menjadi persoalan utama dalam penggunaan kaca mata pintar, ia tidak diketahui sama ada kita akan melihat ia dipasaran pada tahun hadapan, ataupun pihak Samsung akan sekadar hanya memperlihatkan teknologi mereka sahaja terlebih dahulu.