Cari @ Amanz

Mozilla Hadir Dengan Halaman Khas Mempromosikan Firefox Australis

Oleh Aman

Link Copied!

Australis adalah nama khas untuk projek pihak Mozilla dalam memperkenalkan rekabentuk antaramuka baru untuk pelayar web Firefox mereka. Setelah dalam fasa ujian di pelayan FTP Mozilla sebelum ini, kini pihak Mozilla dilihat mula mempromosikannya melalui sebuah halaman khas.

Firefox Australis

Melalui laman GetAustralis, pihak Mozilla menawarkan beberapa maklumat asas berkaitan antaramuka Australis mereka, disamping menawarkan akses muat-turun pantas untuk pengguna Windows, Linux dan juga Mac.

Untuk makluman, melalui Australis, pihak Mozilla memfokuskan kepada antaramuka yang konsisten pada pelbagai saiz peranti, disamping mana turut menyertakan menu Firefox baru, bahagian tab yang diberikan nafas baru, serta antaramuka keseluruhan pelayar web yang berbeza dengan pelayar Firefox sedia ada.

Bagi pengguna yang berminat, mungkin boleh mencubanya hari ini. Namun, seperti biasa, ia masih pada fasa pembangunan, da mungkin terdapat beberapa kecacatan yang masih belum dikenal-pasti buat masa ini.

Muat-Turun Firefox Australis

Komen ()