Nampaknya, pihak Microsoft mengalah, dan kini mengemaskini aplikasi YouTube mereka, sekaligus mengubah segalanya dan hanya sekadar membawa pengguna ke versi web YouTube sahaja, tanpa sebarang perubahan seperti sebelum ini.
Melalui kemaskini baru ini, ia hanya sekadar membuka pelayar web dan membawa pengguna ke halaman YouTube mudah-alih sahaja.
Sebelum ini, pihak Microsoft telah hadir dengan aplikasi natif untuk pengguna Windows Phone, namun ia dihalang oleh Google disebabkan pelanggaran beberapa terma dan sebagainya.
Ia masih tidak diketahui lagi bilakah para pengguna Windows Phone akan menerima aplikasi YouTube versi natif.