Google Hangout sedia menawarkan sokongan chat dan panggilan video dikalangan penggunanya. Dan seperti dikatakan sebelum ini, ia kelihatan sokongan integrasi SMS juga akan disertakan bersama-sama dengannya.
Selain sokongan SMS, aplikasi ini juga turut sama akan mengintegrasikan sokongan MMS, disamping turut akan membolehkan pengguna untuk berkongsi video menggunakannya.
Setiap mesej yang dihantar melalui SMS akan memaparkan teks “via SMS” pada bahagian bersebelahan masa, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengetahui mesej manakah yang akan dihantar menggunakan SMS dan juga sebaliknya.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diketahui berkenaan bilakah integrasi ini akan diperkenalkan pada Google Hangouts. Mungkinkah bersama-sama pengenalan Android KitKat?